Follow us on Instagram

Monday 15 December 2014

Susu Kambing Wildan

Susu Kambing Wildan



Tahukah anda, kebanyakan susu kambing yang boleh anda dapati di pasaran tidak mengandungi 100% susu kambing. Sebahagiannya telah dicampur dengan susu lembu atau lebih dikenali sebagai susu skim (skim milk) atau krimer bukan tenusu (non-dairy milk). Ada diantara campuran tersebut sehingga mencecah 40% susu lembu dan hanya 60% susu kambing, maka dengan mengurangkan kandungan susu kambing maka mereka dapat menawarkan produk susu kambing mereka pada harga yang lebih murah. Berbeza dengan produk kami, Wildan Susu Kambing adalah 100% susu kambing asli tanpa campuran susu lembu. Maka harga yang kami tawarkan bagi 100% susu kambing asli adalah sangat berpatutan.

Seperti yang diketahui umum bahawa susu kambing mempunyai pelbagai khasiat, maka mengambil susu kambing yang 100% asli dapat membantu memberikan khasiat susu kambing yang lebih berkesan daripada produk susu kambing yang telah dicampur dengan susu lembu.

Susu kambing merupakan minuman para anbia terdahulu dan ia mempunyai terlalu banyak khasiat dan merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Kita umat Islam amat digalakkan bertukar dari susu lembu kepada susu kambing dan menjadikan susu kambing ini minuman harian kita insya Allah.

Kelebihan:

• Terdapat pilihan perisa asli dan perisa coklat
• Tanpa sebarang perasa tiruan
• Tanpa campuran susu lembu (susu skim)
• Untuk perisa coklat, ianya diadun dengan gula perang dan serbuk koko dari biji koko sebenar
• Kualiti susu yang asli dengan mengekalkan khasiat sebenar susu kambing.
• Rasanya yang lazat
• Tanpa rasa hamis
• Sesuai untuk pelbagai lapisan umur bermula dari umur 1 tahun dan ke atas sehingga dewasa dan golongan veteran.






Khasiat:

1. Untuk Ibu Hamil:

• Memberikan tenaga dan menyegarkan badan
• Sumber kalsium & mineral untuk tubuh dan kandungan
• Mencegah bayi daripada terkena kuning
• Membantu memudahkan proses bersalin
• Membantu membersihkan anggota dalaman & peranakan semasa bersalin

2. Untuk Ibu Menyusu Anak:

• Bagi anak yang masih kecik digalakkan untuk ibu menyusukan sendiri anak-anak dengan susu ibu,susu terbaik di dunia.
• Sekiranya anda mengalami kekurangan susu badan, dengan mengamalkan susu kambing insyaAllah ia dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan serta memekatkan susus badan. InsyaAllah anak yang disusui lebih cepat kenyang dan kurang meragam.


3. Untuk Anak berusia 1 tahun dan ke Atas:

• Membantu menguatkan imunisasi badan anak-anak
• Menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi
• Membantu pertumbuhan otak & memperkuat daya ingatan
• Membantu sistem pencernaan
• Sesuai bagi anak-anak yang alahan pada susu lembu/soya

4.Untuk Pelajar

• Sebagai sumber tenaga bagi pelajar yang sibuk dengan aktiviti akedemik dan berpesatuan
• Menambah daya tumpuan ketika belajar
• Menguatkan ingatan
• Mencerdaskan otak

5. Untuk Orang Dewasa & Golongan Tua:

• Sebagai sumber tenaga
• Membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut
• Menguatkan tulang dan mencegah tulang daripada rapuh
• Mempercepatkan penyembuhan luka dan penyakit
• Membantu mencegah penyakit lupa dan nyanyuk
Produk Muslim Keluaran Malaysia

RM45 sahaja
Berat Produk : Sekotak 500g

Friday 5 December 2014

Hukum Sunat/Khatan Bayi Perempuan

Hukum Sunat/Khatan Bayi Perempuan

Info dari Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ( Malaysian Fatwa Council )

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri.Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.


Keterangan/Hujah:
Female Genital Mutilation, menurut WHO, terdiri daripada kesemua prosedur yang melibatkan pembuangan sebahagian atau keseluruhan bahagian luar genitalia dan/atau kecederaan pada organ genital atas sebab-sebab adat dan budaya atau sebab-sebab non-teraputik yang lain. Amalan ini diklasifikasikan kepada empat peringkat:

Peringkat pertama: Clitoridectomy. Ia merujuk kepada pembuangan sebahagian atau keseluruhan klitoris dan/atau bahagian kulup.
Peringkat kedua: Excision. Ia merujuk kepada pembuangan sebahagian atau keseluruhan klitoris dan labia minora, dengan atau tanpa pemotongan pada labia majora.
Peringkat ketiga: Infibulation. Ia merupakan peringkat yang kritikal di mana orifis vagina disempitkan dan pemotongan dan aposisi labia minora dan labia majora dibuat, dengan atau tanpa pemotongan klitoris.
Peringkat keempat: Peringkat Umum. Ia merujuk kepada semua jenis prosedur yang menyakitkan kepada genitilia perempuan untuk tujuan bukan perubatan seperti tusukan, tikaman, turisan, lukaan dan pengkauterian.
Berdasarkan klasifikasi ini, berkhatan bagi wanita muslim seperti yang dilaksanakan di Malaysia didakwa merupakan salah satu amalan FGM yang hendak dibenteras oleh World Health Organization (WHO). Sedangkan pada hakikatnya FGM adalah bertentangan sama sekali dengan amalan berkhatan seperti yang ditetapkan oleh Syarak
Di dalam Islam para fuqaha’ sepakat mendefinisikan berkhatan untuk perempuan adalah merujuk kepada pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan. Berbeza dengan lelaki, berkhatan bagi perempuan tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut.
Ibn Hajar Al-Asqalani menyifatkan khatan untuk wanita adalah dengan memotong kulit yang menutupi klitoris tanpa membuang keseluruhannya. Muhammad Ali Qutub juga menyebut kawasan yang sama yang dibuang semasa dikhatankan di mana kulit itu disebut sebagai fresulum.
Bagi anak-anak perempuan yang dilahirkan dalam keadaan yang telah dikhatankan iaitu kulit yang meliputi klitoris telah tiada, disunatkan oleh ulama Syafi`iyyah untuk melalukan sahaja alat berkhatan pada tempat yang sepatutnya dikhatankan sebagai tanda mentaati perintah Allah. Ini kerana, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Abu Abdullah Al-Haj, terdapat perbezaan anatomi faraj wanita antara wanita di timur dan di barat di mana wanita di timur dikatakan tidak mempunyai kulit yang disebutkan ini.
Jumhur al-Syafi`iyyah, Imam Ahmad dan al-Hanabilah dan pendapat Sahnun daripada Mazhab Maliki mengatakan khatan adalah wajib bagi perempuan.
Dr. Nasir Farid Wasil, Mufti Mesir merangkap ahli Majlis Penyelidikan Islam, Al-Azhar menjelaskan khatan disyariatkan untuk wanita melalui umumnya dalil yang berkaitan. Namun, ia perlu ditinggalkan jika terdapat kemudaratan. Pendapat ini disokong oleh Dr. Abd. Fatah Idris, Dekan Jabatan Perbandingan Fiqh, Majlis Fiqh Al-Islam Mekah yang menjelaskan, sama ada ia berasaskan adat atau tidak, namun yang pasti terdapat hadith yang mengesahkannya.Dalam konteks yang sama, Sheikh Mahmud `Asyur menyatakan sesuatu perkara itu tidak boleh diharamkan melainkan dengan nas syar`ie.
Allah s.w.t. telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mengikut apa yang diperintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bersandarkan kepada ayat berikut:ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒMaksudnya:“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): hendaklah Engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, Yang berdiri teguh di atas jalan Yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”. (An-Nahl: ayat 123)
Suruhan ini termasuklah amalan berkhatan kerana ia merupakan salah satu daripada suruhan yang ditetapkan ke atas Nabi Ibrahim a.s.
Ibn Hajar menjelaskan memandangkan amalan ini merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s., dan ayat ini jelas menuntut agar kita mengikut agama Nabi Ibrahim a.s., maka ia menjadi wajib bagi umat Islam untuk berkhatan bagi lelaki dan perempuan.
Prosedur berkhatan yang termaktub di dalam kitab-kitab fiqh tidak langsung memberikan kemudaratan. Malah, WHO juga gagal menunjukkan bukti emperikal kesan negatif yang menunjukkan bahawa amalan berkhatan di kalangan wanita menimbulkan mudharat sehingga membahayakan nyawa wanita. Di dalam Islam, sesuai dengan kaedah fiqh:ما ثبت بزمان يحكم ببقائه ما لم يوجد دليل على خلافه  

“Sesuatu amalan yang diperintahkan itu boleh diteruskan selama mana tidak mendatangkan mudarat dan tidak ada dalil yang menentangnya “
Tetapi jika ia menimbulkan mudharat pada diri dan nyawa orang yang melakukannya, maka ia wajib ditinggalkan.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation


*Berikut pula adalah keterangan dari Ustaz Zaharuddin dari Zaharuddin.net berkenaan info Sunat Bayi Perempuan

Hukum, Khatan Wanita & Bagaimana Rasulullah ?

> From: zaini kamal <Zaini_Kamal@yahoo.com>
> To: zaharuddin@yahoogroups.com
> Sent: Wednesday, November 22, 2006 12:44:41 PM
> Subject: [zaharuddin] Berkhatan@ bersunat
>
> Assalamualaikum ustaz,
> Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan
> secara
> terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan
> bagi lelaki & perempuan ? saya keliru ada mengatakan
> perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun
> memberitahu
> perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit
> saja..
> Al-maklum sekarang musim cuti sekolah, ramai anak
> anak
> kita digalakkan berkhatan terutama anak lelaki…
> Wassalam
> Yang keliru
> ZainiKamal
>

JAWAPAN
Wa’alaikumussalam
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,  
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .
:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..”
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
” Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAWdilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
29 Nov 2006
8 Zulkaedah 1427 H


Sumber: http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/234-hukum-khatan-wanita-a-bagaimana-rasulullah-.html



Cara Sunat Bayi Perempuan

Di dalam Islam para fuqaha’ sepakat mendefinisikan berkhatan untuk perempuan adalah merujuk kepada pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan. Berbeza dengan lelaki, berkhatan bagi perempuan tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation


Kajian saintifik tentang Sunat Bayi Perempuan

http://www.thebody.com/content/art12238.html
http://www.newscientist.com/article/dn2837-female-circumcision-does-not-reduce-sexual-activity.html