Follow us on Instagram

Friday 28 August 2015

Seluar bersalin mesra aurat MamaPride

Ceritanya bermula…

Sewaktu hendak melahirkan anak, para ibu terpaksa merelakan diri untuk diperiksa bahagian sulit mereka. Ianya cukup memalukan terutamanya jika yang melakukan pemeriksaan adalah kaum lelaki yang bukan muhrim. Bukan setakat bahagian sulit yang terdedah, bahkan peha, lutut, dan betis juga terbuka begitu sahaja. Bayangkanlah maruah seorang ibu dan seorang isteri.

Untuk para suami, sanggupkah anda melihat sebahagian tubuh badan isteri anda dipertontonkan begitu sahaja oleh orang yang tidak dikenali? Apakah jawapan anda dihadapan Tuhan nanti? Di manakah anda selaku seorang keluarga?

“..Ini bukan wayang lucah! Ini adalah maruah dan pengorbanan..”

Peristiwa pendedahan aurat wanita semasa bersalin adalah peristiwa yang sering berulang dan menyedihkan. Kita tidak mahu ianya terus berlaku. Ini bukan wayang lucah! Ini adalah maruah dan pengorbanan.

Maka atas dasar ingin memelihara aurat dan wanita muslim, kami hasilkan satu alternatif yang bertujuan melindungi bahagian-bahagian badan wanita yang tidak perlu didedahkan semasa proses bersalin. Produk ini dikenali sebagai Mamapride. Seluar yang dipakai semasa proses melahirkan anak. Seluar yang mesra aurat dan patuh syariah.

******************************************

Apa Kata Pengguna MamaPride?

"wslam tuan. terima kasih. sy sempat pakai seluar mamapride check bukaan je sbb di labor room procedure lain. apa pun terima kasih tuan.doktor dgn nurse semua senyum je bila minta izin sy pakai kain,sy minta izin untuk pakai seluar mamapride. semua excited dan tanya beli dr mana.
-Pn Nazia Suhaimi

"Kalau bagi akak yang pakai memang selesalah sebab aurat terjaga masa delivery tu…doktor dan staffnurse yang jaga pun rasa selesa sbb lagi senang nak buat procedure…kalau pakai kain tu patient selalu x selesa n agak leceh sikitlah sbb nak angkat2 kain tu
- Dr Marlindawati

wsalam dah alhamdulillah.sy sempat pakai sluar mamapride tu. memang selesa sangat. walaupun dapat pakai sekejap je sbb bersalin pembdahan. di hosp ampang pun mula terima pemakaian sluar ni alhamdulillah
- Pn Zahrah

InsyaAllah dah bgtau semua. Suka sgt. Tahniah atas inovasi yang sangat menjaga aurat.
- Pn Ruqayyah Muhd

******************************************

Kelebihan MamaPride::

1) Patuh Syariah

Dalam penghasilan seluar bersalin Mamapride, kami mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Mufti untuk memastikan yang aspek syariah tidak dikompromi.

2) Kajian Saintifik 

Kami bukan sahaja mendapatkan khidmat pakar sebagai rujukan kami, bahkan seluar ini diuji pakai terlebih dahulu untuk memastikan ianya bukan sahaja selesa tetapi paling penting ; menepati garis panduan perubatan.

3) Suci Bersih

Boleh dipakai bila-bila masa tanpa perlu melakukan cucian terlebih dahulu. Ini kerana kami telah pun membasuh seluar ini untuk anda.

4)  Maruah Ibu

Seluar ini menutup peha, betis dan lutut ibu yang sering terbuka semasa proses melahirkan anal. Sekaligus menjaga maruah seorang wanita muslim.

5) Ruang Syntometrine

Ini adalah keistimewaan seluar bersalin Mamapride yang mana ianya mempunyai satu ruangan untuk suntikan Syntometrine. Ruang ini akan memudahkan jururawat untuk melakukan suntikan tanpa perlu mendedahkan peha wanita.

6) Inovasi Murni

Seluar ini merupakan satu inovasi baharu yang mempunyai tujuan yang murni. Ianya melalui proses perbincangan yang cukup terperinci sebelum dihasilkan.

************************************************

"...dengan membawa seluar bersalin wanita yang patuh syariah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan dokongan umat Islam 

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti W.Persekutuan)

-----------------------------------------------------

Harga asal :  RM119 sahaja

Harga promosi: RM99 sahaja

* Harga istimewa untuk pembelian 2 helai dan ke atas. Boleh share beli dengan kawan-kawan ;)

* Bayaran ansuran juga disediakan untuk ibu yang kurang mampu untuk bayar sekaligus

Untuk pertanyaan/order, direct message kami atau emel ke MomsLoveTots@gmail.com

#isell #sayajual #seluarbersalinmamapride #momslovetots

No comments:

Post a Comment